HSA siasat dakwaan pesakit Covid-19 tak diberi makan, minum

HSA siasat dakwaan pesakit Covid-19 tak diberi makan, minum

Pengarahnya, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, pihak pengurusan HSA memandang serius perkara itu dan tindakan awal telah diambil.

Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, jika dakwaan itu benar, tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap petugas kesihatan terbabit. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang pesakit Covid-19 yang tidak diberi makan dan minum, selain dimarahi petugas kesihatan di hospital itu seperti yang tular di media sosial semalam.

Pengarah HSA, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad menerusi hantaran di Facebook rasmi hospital itu berkata, sekiranya kejadian itu terbukti kesahihannya, tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap petugas kesihatan terbabit.

“Pihak pengurusan memandang serius perkara yang berlaku dan tindakan awal telah dilaksanakan. Kami amat kesal dengan kejadian itu sehingga menyinggung perasaan masyarakat,” katanya.

Semalam, seorang pengguna Facebook mendakwa isterinya tidak diberi makan dan minum kira-kira 14 jam selepas dimasukkan ke HSA kerana positif Covid-19 serta kekurangan oksigen.

Selain itu, pengguna Facebook itu memaklumkan isterinya dimarahi petugas kesihatan apabila memerlukan bantuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.