
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, lori kontena seberat 20 tan itu terbalik di bahu jalan kawasan terbabit sebelum berlakunya tumpahan bahan kimia jenis Virukill.
Katanya, mereka yang menerima panggilan jam 9.16 malam terus bergegas ke lokasi bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Shah Alam membabitkan kekuatan 13 anggota.
“Kita mula melakukan operasi pada jam 9.22 malam dengan tindakan awal, iaitu melakukan semburan air dari bekalan tangki jentera bomba
“Kemudian pasukan Hazmat menabur soda di sekitar kawasan yang terkena bahan kimia terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, anggota terbabit sekali lagi melakukan semburan air bagi memastikan tidak ada sisa kimia yang tertinggal di situ.
“Operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 4 pagi,” katanya.