51.1% populasi Malaysia kini lengkap divaksin

51.1% populasi Malaysia kini lengkap divaksin

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini sebanyak 37,714,587 dos.

JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5% daripada populasi keseluruhan Malaysia sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
KUALA LUMPUR:
Seramai 16,680,780 individu atau 51.1% populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5% daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 322,346 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.