
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan setakat semalam juga, seramai 20,943,582 individu atau 64.1% sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,392,241 dos.
Berdasarkan perkongsian maklumat itu juga, Sabah menjadi satu-satunya negeri yang masih belum mencapai lebih 50% populasi dewasa yang lengkap menerima dos vaksin dengan hanya 47% direkodkan setakat semalam.
Mengikut infografik itu juga, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos mencecah 70.5% setakat semalam.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 320,452 dos diberikan, iaitu 192,414 merupakan dos kedua dan baki 128,038 adalah dos pertama.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.