
Katanya, pesakit yang berusia 56 tahun dari Pulau Mantanani, Kota Belud, itu telah menerima suntikan vaksin CanSino pada 27 Ogos namun dipercayai mendapat jangkitan seminggu selepas divaksin.
“Sebelum ini pesakit, yang mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan hyperlipidaemia, telah datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kota Belud pada 5 September dengan ditemani ahli keluarganya.
“Pesakit ketika itu hampir tidak sedarkan diri dan menunjukkan kadar pernafasan yang laju dan menurut ahli keluarganya, pesakit mula mengadu sesak nafas sehari sebelum ke hospital serta mengalami batuk berterusan.
“Dia juga tidak mempunyai sejarah bertemu dengan pesakit Covid-19 dan keputusan ujian Rapid Test Kit (RTK)-Antigen Covid-19 menunjukkan dia positif,” katanya dalam kenyataan.
Rose Nani berkata, keadaan pesakit kemudian bertambah teruk sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan menggunakan ventilator.
Katanya, walaupun telah diberi rawatan kecemasan, kes tidak menunjukkan tanda pulih dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan organ.
Beliau berkata, bagi individu membentuk paras antibodi yang boleh mencegah jangkitan Covid-19, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 14 hari.
“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin menasihatkan orang ramai yang telah menerima vaksin Covid-19 agar terus kekal memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan kawasan tertutup dan sesak dengan orang ramai bagi melindungi daripada jangkitan Covid-19,” katanya.