
Bagaimanapun, katanya, aspek pematuhan SOP sentiasa dititikberatkan bagi memastikan pemberian vaksin berjalan lancar.
“Semakin ramai yang sedar untuk mendapatkan vaksinasi, jadi ‘walk in’ mungkin berlaku sedikit kesesakan.
“Bagaimanapun, saya telah mengarahkan pengurus PPV dan pasukan terlibat memastikan penguatkuasaan SOP ketat dan tidak berlaku kesesakan,” katanya selepas melawat Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1).
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, pihaknya akan mendapatkan penilaian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan di QEH1 sebelum membuat permohonan peruntukan untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, selepas penilaian dibuat JKR, pembaikan segera akan dilakukan.
“Kita juga akan pastikan supaya kawasan di sekitar QEH1, terutama di cerun selamat dan tanah runtuh tidak berulang,” katanya.