Tekanan PKP, hilang pekerjaan, paksa pasangan, bayi 6 bulan, pindah dari Perak ke S’gor naik motosikal

Tekanan PKP, hilang pekerjaan, paksa pasangan, bayi 6 bulan, pindah dari Perak ke S’gor naik motosikal

Pasangan muda itu hilang pekerjaan sejak PKP 2.0.

Pasangan muda bersama bayi mereka yang berusia enam bulan kini ditempatkan di sebuah hotel bajet. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sepasang suami isteri bersama anak berusia enam bulan terpaksa berpindah dari Perak ke Selangor menaiki motosikal sejauh 200km, selepas hilang pekerjaan sejak perintah kawalan pergerakan 2.0.

Kisah pasangan muda itu dikongsi Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Facebook semalam.

“Mereka merancang untuk menumpang di rumah keluarga di Selangor, namun tidak dapat berbuat demikian akibat masalah keluarga,” menurut kenyataan LZS di Facebook.

Katanya, Skuad Saidina Umar (SSU) LZS bertindak segera selepas menerima maklumat daripada aduan awam mengenai tiga beranak itu yang dilaporkan meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak.

Katanya, SSU kemudiannya menemui keluarga itu di sebuah hotel bajet di Selangor.

LZS berkata, hasil siasatan mendapati pasangan muda itu pernah menerima bantuan Zakat Selangor, tetapi ditamatkan selepas berpindah ke Perak pada 2020.

“Di Perak, mereka juga menerima pelbagai bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak.”

Katanya, keluarga itu kini ditempatkan di sebuah hotel bajet buat sementara dan bantuan kecemasan RM500 disalurkan kepada mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.