
Beliau berkata, DFI memainkan peranan strategik dan penting dalam usaha negara pulih dan memelihara kapasiti perniagaan yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan serta menyokong kehidupan rakyat.
Katanya, sokongan segera diperlukan dari segi pembiayaan untuk mengelakkan impak ekonomi jangka panjang, khasnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam sektor strategik seperti pelancongan, peruncitan, pertanian, infrastruktur, maritim, eksport serta industri berteknologi tinggi dan bermodal intensif.
“DFI disarankan merangka penyelesaian praktikal seperti penggunaan kriteria pembiayaan yang kurang membebankan untuk membolehkan perniagaan kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin.
“Cadangan penyelesaian ini juga akan dipertimbangkan dalam merangka Bajet 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.