
PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing meneruskan peranan mereka sebagai duta khas ke Timur Tengah serta China.
Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri.
Selain itu, peranan bekas menteri Richard Riot Jaem sebagai duta khas ke Asia Timur turut disambung.
Ketiga-tiga pemimpin itu dilantik ke jawatan berkenaan di bawah pentadbiran perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.
Hadi dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri pada 2 April 2020, manakala Tiong pada 20 April tahun sama dan Richard pada Mei tahun lalu.