
Norazlan, 57, menggantikan Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.
Menurut SPRM dalam kenyataan, Norazlan yang mula menyertai SPRM pada 9 Feb 1989 pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Pengarah SPRM Selangor, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengarah SPRM Johor.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Hishamuddin Hashim dilantik sebagai Pengarah Kanan Siasatan SPRM yang baharu menggantikan Norazlan berkuat kuasa pada tarikh sama.
“Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan Tan Kang Sai dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas menggantikan Hishamuddin,” demikian menurut kenyataan itu.