
Beliau turut memaklumkan, berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80% bagi populasi dewasa menjelang penghujung September 2021.
“Saya percaya kadar vaksinasi 100% akan dicapai akhir Oktober 2021, sekali gus memberi perlindungan kepada Keluarga Malaysia,” katanya
Kadar kadar kebolehjangkitan (Rt) pandemik di negara kembali meningkat melebihi 1.0 pada 28 Jun lalu selepas berlaku lonjakan kes baharu Covid-19.
Dalam perkembangan sama, Ismail berkata, rakyat Malaysia juga perlu bersedia hidup bersama Covid-19 sebagai endemik selepas Oktober apabila suntikan vaksin dijangka selesai sepenuhnya.
“Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) diminta membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik yang bersesuaian selain daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semata-mata,” katanya.
Ismail turut memaklumkan Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, sebulat suara bersetuju supaya sidang khas itu dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.
“Jawatankuasa Khas ini bakal melibatkan wakil daripada parti pembangkang. Pendekatan ini merupakan salah satu usaha kolektif untuk melibatkan semua pemegang taruh bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia,” katanya.