
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, keterangan mereka diambil menerusi emel semalam.
“Kita sudah menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka pada 29 Ogos lalu dan mereka selesai menjawab semua soalan diberikan pegawai penyiasat kes ini.
“Kita kemudian menerima emel balas bersama jawapan daripada kedua-dua individu berkenaan. Kedua-dua mereka memberikan kerjasama yang baik,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Ashari berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut apabila lengkap.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”
Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.
Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Nadir bahawa pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.
Lew turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau.