Aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri baharu, kata Khairy

Aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri baharu, kata Khairy

Khairy Jamaluddin berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan akan memulakan proses penambahbaikan malam ini juga bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi.

Antara ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar bagi menambah baik proses pengesanan kontak.
PETALING JAYA:
Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran Twitternya malam ini berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan akan memulakan proses penambahbaikan malam ini juga bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

“Ini akan memudahkan kehidupan rakyat di tengah-tengah penularan Covid. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya,” katanya menurut laporan Bernama.

Khairy berkata satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.

“Sebaik sahaja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang – tiada imbasan diperlukan,” katanya.

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak Covid-19 di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.