65% populasi dewasa lengkap 2 dos vaksin Covid-19

65% populasi dewasa lengkap 2 dos vaksin Covid-19

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK setakat semalam adalah sebanyak 35,150,474 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.
PETALING JAYA:
Sebanyak 65.1%, atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa negara lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, penerima satu dos pula adalah sebanyak 85.1%, atau 19,932,137 orang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 35,150,474 dos.

Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 94.5%, atau 64,701 orang daripada populasinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 93.3% (5,750,816), Sarawak 87.2% (1,780,249), dan Negeri Sembilan 79.9% (651,038), sementara negeri paling rendah menerima suntikan vaksin adalah Sabah 40.8% (1,126,236) dan Kelantan 46.7% (577,759).

Sementara itu, vaksinasi harian dicatatkan sebanyak 398,134 dos semalam dengan 188,780 adalah dos pertama manakala 209,354 dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.