‘Fitnah,’ Sultan Johor nafi bidas ‘kerajaan Umno’

‘Fitnah,’ Sultan Johor nafi bidas ‘kerajaan Umno’

Sultan Ibrahim Iskandar berkata, rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial.

Sultan Ibrahim Iskandar berkata, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office di laman sosial rasmi, titahnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menolak sebuah poster tular membabitkan titah baginda terhadap kerajaan sebagai fitnah.

Dalam hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim menegaskan, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana disebarkan dalam poster berkenaan.

‘Ini adalah kenyataan palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

“Segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor) di laman sosial rasmi.

Sultan Ibrahim meminta rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial.

Difahamkan, poster berkenaan ditularkan sejak semalam.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.