Tak tersenarai Jemaah Menteri, Zulkifli doa negara terus makmur, bangkit daripada pandemik

Tak tersenarai Jemaah Menteri, Zulkifli doa negara terus makmur, bangkit daripada pandemik

Beliau mengucapkan tahniah kepada Idris Ahmad daripada PAS yang mengisi jawatan sebagai menteri agama.

Zulkifli Mohamad yang juga bekas mufti Wilayah Persekutuan turut memohon maaf jika pernah mengguris mana-mana pihak yang pernah bekerja rapat ketika beliau menjawat jawatan menteri.
PETALING JAYA:
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad, yakin dengan barisan Jemaah Menteri baharu diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan Kabinet, khususnya kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan timbalan menterinya, Ahmad Marzuk Shaary,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Ismail mengumumkan senarai barisan “Kabinet berorientasikan hasil” iaitu pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat.

Mengumumkannya di Perdana Putra, beliau membentuk Jemaah Menteri itu yang juga satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan “Keluarga Malaysia”.

Dalam kenyataannya, Zulkifli turut memohon maaf jika pernah mengguris pihak yang pernah bekerja rapat ketika beliau menjawat jawatan itu.

“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat persekutuan di bawah menteri di Jabatan Perdana Menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja.

“Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.