Mungkin ada tawaran lain untuk STAR, kata Guan Dee selepas ‘cicir’ daripada Jemaah Menteri

Mungkin ada tawaran lain untuk STAR, kata Guan Dee selepas ‘cicir’ daripada Jemaah Menteri

Bekas timbalan menteri pelancongan, Guan Dee Koh Hoi berkata 'apa sahaja boleh berlaku' sebelum Jemaah Menteri mengangkat sumpah Isnin depan.

Guan Dee Koh Hoi dilantik sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya April lalu, menggantikan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan yang mengosongkan kerusi itu selepas menjadi timbalan ketua menteri Sabah. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Bekas timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya, Guan Dee Koh Hoi tiada perasaan benci kerana tidak disenaraikan dalam barisan Jemaah Menteri persekutuan, tetapi memberi bayangan mungkin ada tawaran lain untuk partinya, STAR.

“Tak apa, kami tunggu dalam sehari dua lagi, tetapi saya tidak mahu komen sekarang. Saya serahkan kepada presiden saya (Jeffrey Kitingan),” katanya kepada FMT.

Ditanya jika ada jawatan persekutuan untuk partinya, setiausaha agung STAR itu berkata: “Saya tidak tahu, apa sahaja boleh berlaku…angkat sumpah (untuk Jemaah Menteri persekutuan) hanya pada Isnin kan?

“Lihatlah dalam beberapa hari, tetapi saya tidak boleh memberi komen kerana ia akan menjejaskan kedudukan parti kami. Saya harap anda faham.”

Guan Dee, 68, dilantik sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya April lalu, menggantikan kekosongan ditinggalkan Kitingan selepas menjadi timbalan ketua menteri Sabah susulan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri September 2021.

Beberapa pemimpin pembangkang mengkritik pelantikannya sebagai timbalan menteri yang disifatkan sebagai strategi “survival politik” perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional. STAR ialah parti komponen PN.

Sementara itu ketika ditanya jika beliau kecewa kerana tiada dalam senarai barisan Jemaah Menteri persekutuan, Guan Dee berkata, ia adalah perkara biasa dalam politik.

“Apa nak buat? Kadangkala anda perlu hadapi saat pahit juga.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.