
Menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, penerima dos pertama pula adalah sebanyak 80.9%, atau 18,948,648 orang.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,044,202 dos.
Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 92.9%, atau 63,663 orang daripada populasinya lengkap dua dos vaksin.
Ini diikuti Lembah Klang dengan 87.8% (5,415,045), Sarawak 86.3% (1,762,553), dan Negeri Sembilan 75.5% (614,523), sementara Sabah kekal negeri paling rendah menerima suntikan vaksin, iaitu 35% (966,363) selain Kedah 41.3% (635,656).
Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian semalam adalah sebanyak 408,295 dos membabitkan 155,669 dos pertama dan 252,626 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.