
Juwairiya Zulkifli (PKR-Bukit Melawati) berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan kerana kosnya agak mahal, sekaligus menyukarkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan itu.
“Saya mencadangkan agar subsidi terapi dapat dipertimbangkan pada masa akan datang untuk menjamin kesejahteraan serta kesihatan rakyat Selangor,” katanya ketika membahas titah Sultan Selangor dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Beliau turut menyambut baik Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) yang dapat membantu rakyat melakukan saringan mental kendiri.
“SEHAT boleh diakses dalam aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang membolehkan pengguna melakukan saringan awal kendiri untuk mengetahui tahap kesihatan mental masing-masing.”
Program SEHAT akan dilancarkan 30 Ogos ini untuk membantu penduduk Selangor menangani tekanan mental, khasnya ketika berdepan pandemik Covid-19.