Penjual sup mengaku tak salah buat laporan palsu diperas ugut polis

Penjual sup mengaku tak salah buat laporan palsu diperas ugut polis

Lelaki berusia 21 tahun itu sebelum ini mendakwa dia diperas ugut tiga anggota polis.

Muhammad Amar Zaid Muhammad Amir Lim bersama Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pada 15 Jun.
KUALA LUMPUR:
Seorang penjaja makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu.

Muhammad Amar Zaid Muhammad Amir Lim, 21, didakwa membuat laporan palsu kepada pegawai polis Nuratikah Kafly di balai polis Sentul pada 7 Jun, dengan mendakwa dia telah diperas ugut oleh tiga anggota polis.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, Amar, yang juga dikenali sebagai Lim Thiam Fook berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Wong Chai Sia membenarkannya diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Oktober sebagai tarikh sebutan kes.

Dalam laporan sebelum ini, Amar mendakwa dia diperas ugut tiga anggota polis selepas gagal menunjukkan surat kebenaran untuk beroperasi di gerai supnya ketika tempoh sekatan penuh.

Dia kemudiannya menukar keterangan dan menarik semula laporan polis.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dalam sidang media dengan Amar pada 15 Jun berkata, penjaja itu membuat keputusan untuk menukar keterangan selepas disoal siasat oleh polis.

Amar menafikan dia menipu dan bertegas bahawa polis terbabit telah memeras ugutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.