Exco Kedah positif Covid-19 selepas terlibat misi bantuan Gunung Jerai

Exco Kedah positif Covid-19 selepas terlibat misi bantuan Gunung Jerai

Dr Mohd Hayati Othman berkata beliau tidak pasti dari mana asal jangkitan kerana demam dan batuk selepas pulang daripada program itu.

Dr Mohd Hayati Othman berkata setakat ini keadaan kesihatannya semakin baik dan tahap oksigen juga berada pada paras antara 96% dan 97%. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Dr Mohd Hayati Othman disahkan positif Covid-19.

Mohd Hayati berkata, beliau sebelum itu terlibat dalam misi bantuan mangsa fenomena kepala air di Gunung Jerai, Yan, Rabu minggu lalu.

Namun katanya, tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu berpunca dari kawasan Yan kerana belau mula mengalami demam dan batuk selepas pulang daripada misi bantuan berkenaan sejak Ahad lalu.

“Saya bersama anggota lain sentiasa memastikan SOP dipatuhi dengan baik, memakai pelitup muka sepanjang masa dan makan di tempat berasingan.

“Sebelum mesyuarat Exco, saya buat ujian saringan, selepas itu saya dipakaikan gelang merah jambu dan pagi tadi pihak Jabatan Kesihatan menghubungi saya dan maklumkan saya positif,” kata menurut laporan Berita Harian.

Difahamkan, beliau disahkan positif virus itu pagi tadi selepas menjalani ujian saringan semalam dan kini berada dalam kategori dua serta akan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

Beliau berkata, setakat ini keadaan kesihatannya semakin baik dan tahap oksigen juga berada pada paras antara 96% dan 97%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.