
Panel tiga Hakim dipengerusikan oleh hakim Suraya Othman, menolak rayuan Kamarul Azamin Mohamed, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman.
Panel hakim juga menolak rayuan pendakwa raya bagi mengenakan hukuman lebih berat.
Suraya, bersama Abu Bakar Jais dan M Gunalan berkata, denda RM10,000 bagi setiap kesalahan adalah ‘memadai’
“Selain itu, tertuduh melakukan kesalahan pertama dan berkemungkinan kehilangan kerja dan pencen,” katanya.
Suraya berkata, bagaimanapun, sabitan itu adalah kukuh kerana kanak-kanak itu mempunyai kredibiliti sebagai saksi, dan pembuktian dikemukakan disokong rakannya.
“Kanak-kanak itu memaklumkan kepada rakannya sejurus insiden itu berlaku dan ia adalah bukti semasa,” katanya sambil menambah pengekalan sabitan dan hukuman dikenakan Mahkamah Tinggi.
Kamarul, 40, pada permulaan, dituduh melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak di bawah usia 14 tahun di bilik guru pada 4 Mei 2016, dan melakukan perbuatan sama pada 6 Mei di bilik komputer di sekolah di Brickfields.
Kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara tiga hingga 15 tahun bersama sebatan.
Mahkamah Sesyen menjatuhi tertuduh lapan tahun penjara dengan satu sebatan bagi setiap kesalahan. Perintah hukuman penjara berjalan serentak.
Dalam rayuan, Mahkamah Tinggi menukar tuduhan kepada mencabul kehormatan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.
Kamarul dijatuhi hukuman denda RM10,000 bagi setiap kesalahan.
Timbalan Pendakwaraya How May Ling dalam hujahnya hari ini menyatakan, berdasarkan kepentingan awam tertuduh perlu dijatuhi hukuman penjara seperti diputuskan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini.
“Kes ini berkenaan hubungan guru-murid yang membabitkan elemen kepercayaan,” katanya.
Peguam Taqiyuddin Yahya, yang dilihat bersama Kamarul, dalam hujahannya menyatakan hukuman denda adalah mencukupi selepas mahkamah menolak rayuan tertuduh. Kamarul menyelesaikan denda sejurus keputusan Mahkamah Tinggi dibuat.