

Keuntungan itu disumbangkan daripada penjualan dua perniagaan bukan teras dan aset bukan strategik iaitu estet ladang sawit serta sebuah syarikat sekutu yang terbabit dalam pengurusan sisa buangan.
Pengerusi KUB, Johari Abdul Ghani berkata keputusan itu mencerminkan usaha transformasi kumpulan untuk mengurangkan sebarang kerugian masa depan dengan melupuskan perniagaan bukan teras dan bukan strategik, selain memberikan tumpuan dan menggunakan sumber untuk segmen perniagaan teras.
“Di sebalik persekitaran operasi dan ekonomi mencabar, saya percaya kami kini dalam kedudukan lebih mantap dan stabil untuk melaksanakan pelan strategik ke hadapan bagi menjadi syarikat yang mencatatkan keuntungan mampan,” katanya dalam kenyataan.
Kedudukan tunai kumpulan melonjak daripada RM145.6 juta setakat 31 Disember 2019 kepada RM423.1 juta setakat 30 Jun 2021 dan paras nisbah hutangnya berkurangan daripada 31% kepada 8% dalam tempoh sama.