DBKL tangguh pindah penjaja Pasar Raja Bot

DBKL tangguh pindah penjaja Pasar Raja Bot

DBKL berkata penangguhan sehingga projek pembangunan Kompleks Pasar Raja Bot siap sepenuhnya.

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebelum ini membangkitkan isu dibawa peniaga di Pasar Raja Bot. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju menangguhkan perpindahan penjaja di Lorong Haji Hussein, Chow Kit ke Kompleks Pasar Raja Bot.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani.

DBKL memaklumkan penangguhan itu akan berkuat kuasa sehingga projek pembangunan Kompleks Pasar Raja Bot siap sepenuhnya.

“Mengambil kira pandangan Johari serta kepentingan semua pihak terlibat, DBKL bersetuju untuk menangguhkan pemindahan sehingga Kompleks Pasar Raja Bot siap sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Johari yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri pada 18 Feb lalu berkata berkata sebanyak 34 pemilik premis di kawasan itu Kit memohon supaya arahan pemindahan itu ditangguhkan.

Katanya, rata-rata peniaga bersetuju untuk berpindah, namun mahu projek berkenaan disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.