
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 264,292 aktif dengan 1,003 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 490 memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,616,244 manakala, kes sembuh pula sebanyak 20,798 dengan 1,337,134 jumlah kumulatif.
Sementara itu, sebanyak 265 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 14,818 kes.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,325 kes.
Ia diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390), Kuala Lumpur (1,128), Terengganu (744), Pahang (522), Melaka (342), Negeri Sembilan (269), Perlis (44), Putrajaya (21) dan Labuan (empat).
Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan Kedah, Johor, Kelantan dan Perak hari ini adalah rekod tertinggi.
Hisham berkata, bagi kes kematian ia melibatkan 105 kes di Selangor, 39 kes di Johor, 23 kes di Sabah, 19 kes di Kedah, masing-masing 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, 12 kes di Negeri Sembilan.
Manakala sembilan kes direkodkan di Perak, enam kes di Sarawak, masing-masing lima di Kelantan dan Pahang, empat kes di Melaka, serta dua kes di Terengganu.
“Kes kematian itu membabitkan 219 warganegara dan 46 orang bukan warganegara,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 24 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02.
Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.28) diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.22) dan Sabah (nilai RT 1.21).
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan,” katanya.