13.5 juta populasi dewasa lengkap terima 2 dos vaksin Covid-19

13.5 juta populasi dewasa lengkap terima 2 dos vaksin Covid-19

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK setakat semalam adalah sebanyak 32,212,527 dos.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 58%, atau 13,580,934 orang daripada populasi dewasa negara telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, penerima satu dos pula adalah sebanyak 79.6%, atau 18,631,593 orang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 32,212,527 dos.

Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 92.6% atau 63,416 orang daripada populasinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 86% (5,301,004), Sarawak 85.7% (1,750,717), dan Negeri Sembilan 73.4% (597,832), sementara negeri paling rendah menerima suntikan vaksin adalah Sabah 32.5% (897,704) dan Kelantan 39.2% (484,845).

Sementara itu, vaksinasi harian dicatatkan sebanyak 420,164 dos semalam dengan 155,004 adalah dos pertama manakala 265,160 dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.