Lajim Ukin positif Covid-19, kini ‘ditidurkan’, kata sumber

Lajim Ukin positif Covid-19, kini ‘ditidurkan’, kata sumber

Sumber terdekat kepada bekas Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, Lajim Ukin 'ditidurkan' kira-kira 2 petang tadi.

Lajim Ukin dimasukan ke hospital pada 13 Ogos lalu, selepas disahkan positif Covid-19 sehari sebelumnya.
KOTA KINABALU:
Ahli politik veteran di Sabah yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Lajim Ukin sedang dirawat di sebuah hospital swasta di sini akibat jangkitan Covid-19.

Sumber terdekat kepada bekas Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, Lajim “ditidurkan” kira-kira 2 petang tadi.

”Beliau mula dimasukkan ke wad pada 13 Ogos lalu selepas didapati positif Covid-19 pada hari sebelumnya.

”Pada 12 Ogos, beliau sempat ke program ketua menteri sebelum rasa kurang sihat dan membuat ujian saringan pada hari sama juga,” katanya ketika dihubung FMT.

Lajim, 66, ialah pengarah strategik dan pilihan raya Bersatu Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Klias dan memegang beberapa jawatan dalam Kabinet di peringkat persekutuan dan negeri ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.