
Menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan penerima satu dos vaksin pula adalah sebanyak 78.9% atau 18,476,589 orang.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam adalah sebanyak 31,792,363 dos.
Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 92.4%, atau 63,271 orang daripada populasinya sudah lengkap menerima dua dos.
Ini diikuti Sarawak dengan 85.4% (1,744,895), Lembah Klang 85.2% (5,250,427), Negeri Sembilan 72.3% (588,880), sementara negeri paling rendah menerima suntikan vaksin adalah Sabah dengan 31.4% (866,228) dan Kelantan 37.6% (465,245).
Sementara itu, vaksinasi harian dicatatkan sebanyak 396,578 dos semalam dengan 150,469 menerima dos pertama manakala 246,109 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.