
Ketua Polis Daerah Kerian, Mazuki Mat berkata, tindakan itu bertujuan memastikan tiada pihak mengambil kesempatan terhadap bencana banjir di Mukim Beriah, Alor Pongsu di Bagan Serai.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa peka terhadap perkara itu, walaupun belum ada kes dilaporkan.
Katanya, penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tidak perlu bimbang kerana lebih 20 anggota ditugaskan untuk memantau kawasan kampung dan perumahan yang dilanda banjir bagi memastikan harta benda mereka selamat.
“Sehingga kini, belum ada laporan kehilangan harta benda yang dilaporkan penduduk atau mangsa banjir di sini,” katanya dipetik Berita Harian di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu hari ini.