Gagal tunjuk bukti divaksin penuh, individu cuba rentas daerah didenda RM1,500

Gagal tunjuk bukti divaksin penuh, individu cuba rentas daerah didenda RM1,500

Polis berkata, 14 kompaun berjumlah RM21,000 dikeluarkan kepada individu yang merentas daerah tanpa kebenaran sejak 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu terbabit tidak membawa telefon bimbit bersamanya untuk menunjukkan bukti dia lengkap dua dos vaksin bagi membolehkannya merentas daerah.
PETALING JAYA:
Seorang individu dikompaun RM1,500 kerana gagal menunjukkan sijil digital vaksinasi lengkap ketika hendak merentas daerah di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu itu tidak membawa telefon bimbit bersamanya untuk menunjukkan bukti dia lengkap dua dos vaksin bagi membolehkannya merentas daerah.

Dalam kes berasingan, polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada seorang lagi individu tidak lengkap dua dos vaksin yang makan di dalam kedai makan di Ipoh.

Mior Faridalathrash berkata, 14 kompaun berjumlah RM21,000 dikeluarkan kepada individu yang merentas daerah tanpa kebenaran sejak 10 Ogos lalu.

“Sebanyak 78,703 permit daripada 80,473 permohonan diluluskan dari 5 Julai hingga 19 Ogos lalu. Sebanyak 1,995 kompaun dikeluarkan mulai 5 Julai hingga 19 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.