
Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya dalam kenyataan berkata, satu warta kerajaan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong hari ini memaklumkan penangguhan berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin.
Berdasarkan warta tersebut, pindaan tarikh sidang DUN Sabah itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa yang tidak mengizinkan bagi sidang diadakan minggu depan.
Awal bulan ini, Kadzim mengumumkan sidang DUN Sabah akan diadakan pada 24 hingga 26 Ogos dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, antaranya ADUN perlu mengemukakan keputusan ujian Covid-19 tiga hari sebelum bersidang.
Kali terakhir DUN Sabah bersidang adalah pada 18 hingga 23 Dis tahun lepas bagi membentang dan membahaskan Belanjawan Negeri 2021.