
Menerusi perkongsian infografik di Twitter, jawatankuasa itu juga memaklumkan sebanyak 75.3%, atau 17,625,760 orang daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 29,368,856 dos.
Labuan terus merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi dengan 90%, atau 61,635 orang daripada populasinya sudah lengkap menerima dua dos.
Ini diikuti Sarawak dengan 82.5% (1,685,994), Lembah Klang 73.8% (4,546,662) dan Negeri Sembilan 67.6% (550,315).
Antara negeri yang memberi jumlah suntikan terendah adalah Sabah 25.8% (710,563) dan Johor 32.1% (870,777), menurut JKJAV.
Sementara itu, angka vaksinasi harian mencapai 531,114 dos semalam dengan 188,474 adalah dos pertama, manakala 342,640 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.