Hajiji beri amaran BDR bukan alasan tangguh projek

Hajiji beri amaran BDR bukan alasan tangguh projek

Ketua Menteri Hajiji Noor menegur ketua jabatan dan agensi selepas dimaklumkan pelbagai projek yang telah diluluskan untuk Sabah masih belum bermula.

Hajiji Noor (2nd from left) chairing the virtual meeting, with senior state and federal government officials present. (CM Department pic)
KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Sabah Haji Noor memberi amaran keras kepada semua ketua jabatan dan agensi kerajaan bahawa tindakan akan diambil jika ada penangguhan dalam pelaksanaan projek pembangunan.

Dalam kenyataan hari ini, Hajiji menyuarakan rasa tidak puas hati bahawa segelintir pegawai kanan kerajaan menggunakan alasan bekerja dari rumah (BDR) yang kini dikuatkuasakan bagi kelewatan melaksanakan projek.

“Jangan bagi alasan tidak dapat melakukan tugas kerana terpaksa bekerja dari rumah akibat Covid-19,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat majlis tindakan pembangunan negeri hari ini.

“Inilah keadaannya di dunia sekarang,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika menerima maklum balas mengenai pelbagai projek yang telah diluluskan oleh Putrajaya untuk Sabah, tetapi masih tersangkut di peringkat prapelaksanaan pada masa ini iaitu suku tahun ketiga 2021.

Mesyuarat secara maya itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Dzulkapli Mohamed.

“Sekarang sudah Ogos, bagaimana kita mahu melengkapkan projek ini? Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan kita dan memberikan peruntukan, tetapi projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

“Saya tidak mahu ini berlaku ketika pentadbiran saya. Jika saya mendapati ada pihak yang menyumbang kepada kelewatan ini saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, katanya, satu had masa perlu ditetapkan untuk pelaksanaan semua projek pembangunan dibiayai kerajaan persekutuan di negeri itu.

Pada masa sama, beliau berharap perancangan kerajaan persekutuan untuk menyemak semula projek pembangunan yang telah diluluskan tetapi belum dimulakan, tidak akan memberi kesan terhadap Sabah.

“Kita mesti bertindak sebagai satu pasukan dan melihat kepada keperluan rakyat secara holistik. Contohnya, sekolah yang tiada bekalan elektrik dan air.

“Semuanya mesti dirancang sebaiknya untuk memastikan pemberian perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Tambahnya, projek penghapusan kemiskinan juga menjadi keutamaan, dengan peratusan masyarakat miskin dan miskin tegar masih tinggi di Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.