
Ketua Polis Daerah Bau, Poge Nyaon, berkata suspek berusia 44 tahun itu ditahan pada 6.30 petang.
“Suspek ditangkap dalam serbuan dijalankan pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama sepasukan polis Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Katanya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan dadah serta kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Poge berkata, usaha memburu suspek dibuat selepas mangsa ditemani ibu dan abangnya hadir membuat laporan di Balai Polis Siniawan, kira-kira 10.47 malam, 19 Julai lalu.
Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang juga bapa saudara kepada mangsa merogolnya dalam kereta di kawasan hutan.