
Tertuduh, Safarizal Saleh, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan majistret Adilah Mokhtar.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Rivertel, Jalan Changkat Jong, didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulaiha Mohd Azam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum sebulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika disabit bersalah.
Sementara itu, di mahkamah sama, Zulaiha, 32, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap Safarizal.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 20 Oktober ini, menurut laporan Berita Harian.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita didakwa ditumbuk, manakala kakaknya dikasari ketika menghadiri satu mesyuarat sebuah parti politik.