Anak sulung bekas mufti Perak meninggal dunia akibat Covid-19

Anak sulung bekas mufti Perak meninggal dunia akibat Covid-19

A Abdul Hakim Mazhar, 54, menghembuskan nafas terakhir pada 3.30 pagi tadi.

A Abdul Hakim Mazhar, 54, akan dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan tempat bapanya disemadikan, iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, Perak. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Anak sulung bekas mufti Perak Harussani Zakaria, A Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia awal pagi tadi akibat Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh adik bongsunya Ahmad Wafi, 44, bahawa Abdul Hakim menghembuskan nafas terakhir pada 3.30 pagi.

Beliau yang dihubungi berkata, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan tempat bapa mereka disemadikan, iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, Perak.

“Allahyarham meninggalkan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Akhir Mei lalu media melaporkan Harussani, 82, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat Covid-19 yang ketika itu turut menjangkiti isterinya, Ainon Abdul Ghani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.