
Harian Metro melaporkan, mangsa, Norfaizah Mohamed, 34, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 pagi ketika kandungannya berusia 26 minggu.
Bagaimanapun, bayi tidak cukup bulan berkenaan berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan, susulan keadaan jururawat semakin tenat dipercayai berada dalam kategori lima jangkitan Covid-19.
Difahamkan, mangsa menerima jangkitan wabak daripada pesakitnya.
Bayi jururawat berkenaan kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Zaini Hussin, mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.
Beliau berkata, allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas berdedikasi.
“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya.