
Menerusi perkongsian infografik di Twitter, beliau memaklumkan individu yang menerima satu dos sebanyak 71.4% atau 16,707,566 orang.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 26,851,765 dos.
Pecahan mengikut negeri, Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 87.9% atau 60,212 orang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.
“Ia diikuti Sarawak dengan 78% (1,593,319), Lembah Klang 62.6% (3,860,450), Negeri Sembilan 59.4% (483,391) sementara negeri paling rendah menerima suntikan vaksin adalah Sabah 20.8% (573,003) dan Johor 25.5% (691,305),” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 462,860 dos semalam dengan 162,182 adalah dos pertama manakala 300,678 adalah dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.