
Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Dr Chong Chee Keong, berkata gelang itu akan dipasang pada pelancong luar negara yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.
“Projek ini akan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat swasta dan bertujuan membantu kementerian memantau mereka dari luar negara, orang-orang yang telah berhubungan rapat dengan pesakit Covid-19 dan kategori satu dan dua Covid-19,” katanya pada sidang media.
Dalam pada itu Chong berkata pelaksanaan sistem itu memudahkan individu berkenaan dikawal dengan lebih berkesan selain maklumat kesihatan mereka diperolehi dan direkodkan secara digital.
Katanya, pelanggaran kuarantin di rumah itu juga akan dipantau oleh KKM dan polis.
“Dijangka 30,000 peranti pengawasan elektronik akan dijalankan,” katanya.