Warga emas disyaki bunuh isteri direman seminggu

Warga emas disyaki bunuh isteri direman seminggu

Lelaki berusia 72 tahun yang tidak mempunyai rekod jenayah itu direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kampar Hasron Nazri Hashim berkata, warga emas yang tidak mempunyai rekod jenayah itu direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
IPOH:
Seorang lelaki berusia 72 tahun yang disyaki membunuh isterinya di kediaman mereka di Taman Desa Cahaya dekat Gopeng semalam, kini direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kampar Hasron Nazri Hashim berkata, warga emas yang tidak mempunyai rekod jenayah itu direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menunggu laporan sampel air kencing suspek,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, media melaporkan seorang wanita kurang upaya berusia 74 tahun ditemui mati dengan kesan kelar oleh anak perempuan dan dua cucunya yang pergi ke rumah teres dua tingkat berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada suspek pada kira-kira 7.30 pagi.

Hasron Nazri berkata, siasatan awal mendapati mangsa, yang lumpuh separuh badan dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, tinggal bersama suaminya yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi serta perlu berjalan menggunakan tongkat.

Polis turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.