
Dalam kenyataan ringkas, Chow, yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut mengambil keterangannya di pejabatnya di Komtar hari ini, bermula pada 10 pagi dan mengambil masa selama 45 minit.
Polis sedang dalam usaha menyiasat Ahli Parlimen pembangkang yang cuba berarak ke Parlimen pada 2 Ogos.
Hari terakhir sidang khas lima hari itu yang dijadualkan pada 2 Ogos ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan penularan Covid-19 dalam kalangan kakitangan Parlimen dan Ahli Parlimen.
Menurut Bernama, polis telah mengambil keterangan 35 Ahli Parlimen setakat semalam.