
Beliau berkata, ia termasuk kilang, premis perniagaan, tapak pembinaan dan asrama pekerja.
“Apabila kemudahan beroperasi diberikan, sepatutnya tiada alasan untuk mana-mana premis ingkar SOP – besar risikonya terhadap keselamatan negara, terutama dalam konteks penularan Covid-19,” katanya dalam catatan Facebook.
Sejak mengambil alih jawatan baharu itu 8 Julai lalu katanya, beliau menerima laporan sama daripada Pasukan Petugas Operasi Pematuhan setiap hari.
Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara itu, beliau perlu tegas dalam soal pematuhan SOP melibatkan premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin sebagai pengerusi Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai polis kerana bertungkus-lumus menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara.
“Mengenakan tindakan bukan kemahuan saya mahupun polis. Tetapi, jika premis sendiri tidak bertanggungjawab, maka mereka perlu tanggung akibatnya.”