Siti Sarah meninggal dunia

Siti Sarah meninggal dunia

Isteri kepada pelawak Shuib menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19.
PETALING JAYA:
Penyanyi terkenal tanah air Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19.

Isteri kepada pelawak Shahmira Muhamad atau dikenali sebagai Shuib menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Shuib dalam hantaran di Instagramnya juga memaklumkan berita sedih itu.

Berita mengenai penyanyi lagu ‘Kesetiaan’ itu menjadi perbualan sejak minggu lalu apabila terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata, iaitu Uwais Alwarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Cahaya mata keempat pasangan itu yang sudah diberikan nama Ayash Affan selamat dilahirkan pada Jumaat lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.