
Bakri berkata, keputusan itu adalah sebagai “solidariti” dengan pendirian dan keputusan yang dibuat oleh Umno untuk tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Katanya, keputusan meletak jawatan dibuat atas kerelaannya sendiri serta kerana kesetiaan terhadap Umno, bukan atas desakan mana-mana pihak.
Difahamkan, Bakri memaklumkan peletakan jawatan kepada Pengerusi KESEDAR yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi aplikasi WhatsApp sebelum disusuli surat rasmi.
“Keputusan ini juga telah dimaklumkan kepada Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dan beliau menghormatinya,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Setakat ini, dua menteri Umno yang telah meletakkan jawatan adalah Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) dan Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi).
Terdahulu, Mohamed Khaled Nordin (Pengerusi Boustead Holding Berhad), Abdul Rahman Dahlan (Pengerusi Lembaga Pengarah UMS), Razlan Muhammad Rafii (Ahli Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tentera) dan Rosni Sohar (Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) turut meletak jawatan.