
Berdasarkan data dan infografik dikongsikan beliau di Twitter, nilai R-naught (R0) keseluruhan semalam adalah sebanyak 1.07, mencatatkan sedikit penurunan daripada 1.08 sehari sebelumnya.
Sembilan negeri berkenaan ialah Sabah (1.17), Pulau Pinang (1.14), Johor (1.12), Kelantan (1.25), Kedah (1.13), Pahang dan Sarawak (masing-masing 1.11), Perak (1.15), dan Terengganu (1.19).
Manakala tujuh negeri dan wilayah lain berada pada paras di bawah 1.07, iaitu Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis.
Kali terakhir nilai R0 berada di bawah 1.0 adalah pada 7 April, manakala kadar tertinggi 1.21 dicatatkan 23 Mei lalu.
Nilai R0 merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.