Anwar disoal polis esok susulan perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang

Anwar disoal polis esok susulan perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang

Sehingga kini sejumlah 14 Ahli Parlimen disoal siasat polis selepas menghadiri perhimpunan di Dataran Merdeka.

Ahli Parlimen pembangkang berarak ke Parlimen meminta persidangan khas Parlimen disambung semula, walaupun ditangguh susulan nasihat kementerian kesihatan akibat penularan Covid-19.
PETALING JAYA:
Giliran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula, esok untuk disoal siasat susulan perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, Isnin lalu.

Sumber memberitahu, berkata pihak polis dijangka bertemu dengan Ahli Parlimen Port Dickson di Ibu Pejabat PKR, di Tropicana Square, pada jam 11 pagi, untuk dirakam percakapan.

Ketika dihubungi, peguam Anwar, SN Nair, mengesahkan pertemuan berkenaan dan berkata beliau akan menemani Presiden PKR berkenaan ketika soal siasat berlangsung.

Awal hari ini, lima Ahli Parlimen pembangkang hadir memberi kenyataan di Balai Polis Daerah Dang Wangi. Mereka adalah, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Pada 4 Ogos lalu, enam Ahli Parlimen pembangkang turut direkod kenyataan, juga di Balai Polis Daerah Dang Wangi, manakala tiga Ahli Parlimen lain melakukan perkara sama, semalam.

Pada Isnin, Ahli Parlimen pembangkang cuba berarak ke Parlimen meminta persidangan khas Parlimen disambung semula, walaupun sidang berkenaan ditangguh susulan nasihat kementerian kesihatan berikutan penularan jangkitan Covid-19 di Dewan Rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.