
Katanya, ia berdasarkan kadar vaksinasi harian yang meningkat di negeri itu dan semalam sahaja sebanyak 46,840 dos vaksin diberikan menjadikan jumlah vaksin yang diberikan sudah melebihi 1.38 juta dos dengan 967,555 merupakan dos pertama dan selebihnya dos kedua.
Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mempunyai keupayaan untuk memberi sehingga 60,000 vaksin setiap hari, namun ia bergantung kepada jumlah dos vaksin sedia ada dan kelancaran penghantaran bekalan vaksin ke Sabah.
“Atas andaian bekalan vaksin yang mencukupi terjamin, mengikut perancangan JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang, kita boleh mencapai sasaran tersebut (60%),” katanya dalam kenyataan, semalam.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, peratusan kes bergejala atau ‘sporadik’ semakin meningkat dengan 24% atau 251 kes daripada 1,062 kes positif dikesan daripada kategori itu berbanding 21.2% atau 201 kes daripada 949 kes kelmarin.
“Kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes harian, iaitu 569 kes atau hampir 54% kes hari ini, dan 967 kes positif hari ini adalah daripada kategori 1 tiada simptom dan kategori 2 simptom ringan,” katanya.