
Menteri Kanan Luar (Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata, ia adalah Taman Seri Pangkor, Taman Desa Pangkor, Rumah Murah Pangkor, Ladang Kong Heap Lee Kampung Tengah dan Flat Taman Desa Pangkor.
Pulau itu disenaraikan dalam program “Destinasi Bebas Covid-19” Kementerian Pelancongan akhir bulan lalu dan disasarkan mencapai 80% imuniti kelompok pada awal September.
Sebelas lagi lokaliti yang dikenakan PKPD untuk tempoh sama ialah:
Perak
- Tapak Bina Horizon di Kinta.
- Kampung Perlok Baru dan Kampung Perlok di Mukim Sungkai, Batang Padang.
- Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah di Kinta.
Pahang
- Taman Sri Layang, Taman Rimbadan Taman Tualang Indah di Mentakab.
- Kuala Tahan di Jerantut.
Sabah
- University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu.
- Kampung Lohan 1 di Ranau.
Dalam pada itu, PKPD akan dilanjutkan di lokaliti berikut:
- Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2 di Dalat, Mukah, Sarawak hingga 14 Ogos.
- Bandar Sinsuran di Kota Kinabalu, Sabah hingga 21 Ogos.
Penamatan PKPD pada 7 Ogos membabitkan:
- Taman Hock Ann di Jln Klang Lama, Kuala Lumpur
Sabah
- Taman Sabana Fasa 1 di Keningau
- Kampung Berhala dan Kampung Melayu Bumiputra di Sandakan
- Kampung Nagapas di Jalan Kebun Lama di Papar
- Kampung Kolam di Kudat.
- Taman Sepanggar, Blok D & E Apartment Angkasa, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub di Kota Kinabalu.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, 194 individu dikompaun dan 31 lagi direman kerana mengingkari SOP semalam.
Katanya, 15 pendatang asing tanpa zinin ditahan dan empat kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.