P Pinang cadang sidang DUN 30 Ogos

P Pinang cadang sidang DUN 30 Ogos

Kerajaan negeri sedang mendapatkan kebenaran untuk mengadakan persidangan itu dan pada masa sama akan sentiasa memantau situasi Covid-19 di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, sekiranya persidangan DUN itu dibenarkan, ia akan dilangsungkan secara fizikal dan tidak melalui platform maya.
GEORGE TOWN:
Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Ogos ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang mendapatkan kebenaran untuk mengadakan persidangan itu dan pada masa sama akan sentiasa memantau situasi Covid-19 di negeri itu serta mengambil langkah perlu sebelum membuat sebarang keputusan seterusnya.

Beliau berkata, sekiranya persidangan DUN itu dibenarkan, ia akan dilangsungkan secara fizikal dan tidak melalui platform maya.

“Peraturan mesyuarat hanya membenarkan persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan secara fizikal, oleh itu kita perlu membuat persediaan yang diperlukan untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu persidangan DUN bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.