6 lokaliti dikenakan PKPD bermula Sabtu ini

6 lokaliti dikenakan PKPD bermula Sabtu ini

PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein berkata, sebanyak enam lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 7 Ogos hingga 20 Ogos ini.

Beliau berkata, PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 7 Ogos hingga 20 Ogos seperti berikut:

Sabah

  • Perumahan Kilang Sawit Veetar, Tongod
  • Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Tawau.

Kelantan

  • Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat.

Kedah

  • Taman Nilam (Zon Biru), Mukim Kuah, Langkawi.

Pahang

  • FELDA Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis.

Pelanjutan PKPD bermula 7 Ogos hingga 16 Ogos seperti berikut:

Terengganu

  • Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam, Dungun.

Pahang

  • Kompleks Penjara Bentong termasuk kuarters, Bentong.

Kelantan

  • Kampung Joh dan Kampung Maka, Machang.

Penamatan PKPD pada 6 Ogos

Pahang

  • Di Temerloh – Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, seluruh Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning, Flat Sri Kemuning, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Makmur, seluruh FELDA Lakum, Kg Paya Keladan, Taman Keladan Indah

Kelantan

  • Kampung Dewan Besar, Labok, Machang, Kelantan.

Sabah

  • Kampung Pukak, Mukim Tengah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria, Mukim Berungis, Tuaran
  • Kampung Gumandang, Kudat
  • Kampung Lumatai Ulu, Beaufort
  • Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole, Sipitang

Sementara itu Hishammuddin berkata, 254 orang ditahan kerana ingkar SOP dengan 240 daripadanya dikompaun manakala 14 lagi direman.

Beliau berkata, 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan empat kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.